Ramai founder mula rasa lega bila team dah makin ramai. Tapi lega tu tak lama. Tiba-tiba timbul masalah setiap orang buat kerja ikut cara sendiri. Ada cara A, ada cara B, ada cara “ikut suka hati”.
Awalnya nampak okay kerja masih siap. Tapi bila company nak scale, masalah ni meletup. Output bercelaru, kualiti tak konsisten, staf baru susah nak ikut, dan founder jadi pening sebab setiap hari kena “betulkan cara orang buat kerja”.
Inilah realiti kalau semua orang buat ikut cara sendiri, syarikat memang susah nak scale.
1. Tiada Standard Operating Procedure (SOP)
Bila SOP tak ada, staf akan cipta cara sendiri. Sorang buat cara A, sorang lagi buat cara B. Founder nak monitor pun susah sebab tak ada benchmark.
Akibatnya, service tak konsisten, client mula complain, dan team makin serabut.
Solusi Wujudkan SOP jelas untuk kerja utama. Tak perlu tebal macam buku manual, cukup step by step ringkas yang semua orang boleh ikut.
2. Founder Tak Tegaskan Standard
Ada founder yang tahu perlu ada sistem, tapi bila staf buat ikut cara sendiri, mereka diamkan. Lama-lama budaya “asal siap” jadi normal.
Bila company nak scale, budaya ni makan diri susah nak maintain quality.
Solusi Tegaskan standard dari awal. Kalau ada SOP, pastikan semua ikut. Bukan sekadar sediakan dokumen, tapi tegur bila staf menyimpang.
3. Training Tak Konsisten
Walaupun ada SOP, kalau training tak konsisten, staf baru tetap akan belajar ikut “cara senior”. Ini buat standard lari lagi jauh.
Solusi Jadikan training onboarding wajib untuk setiap staf baru. Biar mereka belajar dari sistem, bukan ikut teladan yang salah.
4. Kurang Tools Untuk Kawal Proses
Kalau semua kerja bergantung pada ingatan manusia, confirm bercelaru. Tanpa tools, founder tak boleh pantau cara kerja berjalan.
Solusi Gunakan tools digital simple untuk pastikan proses konsisten. Contoh: sistem CRM untuk sales, HRMS untuk HR, dan project management tool untuk operasi.
Team boleh bertahan dengan “ikut cara sendiri” bila kecil. Tapi bila nak scale, itu jadi punca utama bisnes sangkut. Sistem, SOP, dan standard adalah asas untuk pastikan semua orang jalan seiring.
Jangan biar team hanyut ikut cara masing-masing. Kalau serius nak scale, standardize cara kerja sebelum tambah headcount lagi.

