Ramai founder nak cari staff ada ownership kerana staf macam ini bukan sekadar ikut arahan, tapi anggap kerja sebagai tanggungjawab sendiri. Mereka fikir seolah-olah bisnes itu milik mereka. Bila ada staff ada ownership dalam organisasi, syarikat lebih mudah berkembang kerana mereka jadi penggerak utama.

Founder perlu kenal staf macam ini kerana mereka jadi pendorong utama syarikat grow.

1.Cari solusi sendiri

Mereka tak tunggu arahan bila ada masalah. Contoh, sistem error, mereka terus cari alternatif sementara.

2.Ambil tanggungjawab penuh

Kalau salah, mereka akui dan betulkan sendiri. Tak buang masa salahkan orang lain.

3.Fikir jangka panjang

Mereka lihat kesan kerja pada bisnes, bukan sekadar task. Contohnya, staf marketing fikir ROI, bukan sekadar post content.

4.Proaktif

Bertindak sebelum disuruh. Mereka akan cadangkan idea, bukan tunggu masalah muncul.

5.Prihatin pada hasil

Fokus mereka ialah impak, bukan sekadar checklist. Kerja siap tapi tak ada impak bukan matlamat mereka.

Mempunyai staff ada ownership adalah aset besar untuk syarikat. Mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab, fikir jangka panjang, proaktif dan peduli pada hasil. Founder perlu kenal staf jenis ini lebih awal dan beri ruang mereka berkembang.

Bila ada ramai staff ada ownership dalam team, syarikat bukan saja lebih produktif tetapi juga mampu melahirkan future leader yang boleh bawa bisnes ke tahap lebih tinggi.