Macam Mana Nak Tapis Calon Supaya Tak Salah Ambil

Ramai founder tak tahu cara tapis calon kerja dengan betul. Bila tersalah pilih, team jadi beban., sebab ambil staf yang salah bukan saja lemahkan team tapi juga boleh jejaskan reputasi syarikat. Proses interview nampak mudah, tapi silap sedikit boleh rugi besar.
1. Jangan Tergesa-Gesa Hire
Macam mana nak tapis calon supaya tak salah ambil? Salah satunya jangan terlalu cepat buat keputusan. Bila founder desperate, kecenderungan untuk abaikan red flag jadi tinggi. Ambil masa untuk perhati dan nilai betul-betul.
2. Lihat Komunikasi Calon Dari Awal
Tingkah laku kecil macam cara balas mesej, cara hadir interview, dan adab bercakap banyak dedahkan karakter sebenar.
Teknik macam mana nak tapis calon supaya tak salah ambil sebenarnya bermula dari komunikasi awal bukan masa interview saja.
3. Gunakan Soalan Open-Ended & Situasi
Jangan tanya soalan skema. Gunakan soalan terbuka seperti:
“Apa tindakan anda bila team gagal capai target bulanan?”
Melalui jawapan tu, anda boleh kenal kejujuran, logik, dan sikap sebenar. Ini salah satu strategi penting dalam macam mana nak tapis calon supaya tak salah ambil.
4. Buat Ujian Kecil (Real Task)
Kalau boleh, bagi tugasan kecil untuk lihat cara kerja. Walaupun simple, ini bantu anda nilai effort, komunikasi, dan cara calon handle task.
Ia antara kaedah paling berkesan dalam macam mana nak tapis calon supaya tak salah ambil.
5. Tanya Soalan “Kenapa Nak Join?”
Kalau jawapan calon hanya tentang gaji, jarak rumah atau faktor peribadi itu petanda tak cukup kuat. Founder perlu tapis ni awal-awal. Soalan ini bantu anda kenal minat sebenar dan nilai jangka panjang.
Proses interview bukan sekadar tanya soalan. Ia strategi penting untuk pastikan team kekal stabil dan berkualiti.
Kalau betul nak tahu macam mana nak tapis calon supaya tak salah ambil, anda perlu ada sistem  bukan ikut rasa.
✔ Tengok komunikasi awal
✔ Guna situasi sebenar
✔ Buat tugasan ringkas
✔ Jangan tertipu dengan “jawapan cantik”