KPI tidak jelas adalah punca utama kenapa staf nampak sibuk tapi hasil kerja tetap lemah. Bila terlalu banyak KPI tanpa arah yang tepat, team akan hilang fokus dan akhirnya tidak capai matlamat sebenar.

1.KPI terlalu banyak

Bila staf ada terlalu banyak target, mereka hilang fokus pada perkara utama.

2.Tak selari dengan matlamat syarikat 

Ada KPI yang dibuat semata-mata untuk ‘nampak sibuk’, bukan bantu capai visi besar.

3.Tiada keutamaan 

Semua KPI dianggap penting, akhirnya tiada yang benar-benar dicapai.

4.Tak ada ukuran jelas

KPI kabur menyebabkan staf buat kerja tanpa tahu standard sebenar.

5.Motivasi jatuh

KPI yang terlalu kompleks buat staf rasa terbeban, bukan termotivasi.

KPI bukan tentang kuantiti, tapi kualiti. Lebih baik ada 3 KPI jelas yang dicapai, berbanding 10 KPI kabur yang tiada hasil.

Founder perlu pastikan setiap KPI ada kaitan langsung dengan matlamat syarikat.