Kadang-kadang, staf lemah komunikasi ialah juga orang yang paling rajin dalam team. Mereka buat kerja bagus, tapi bila nak explain progress kosong. Bila ada masalah, mereka diam sampai benda meletup. Lama-lama, kerja yang bagus pun nampak macam tak ada hasil sebab kurang komunikasi dalam team.

1.Rajin tak bermakna efisien.

Bila staf tak tahu cara update, team lain susah nak follow.

2.Salah faham mudah berlaku

Projek delay bukan sebab malas, tapi sebab maklumat tak jelas.

3.Masalah kecil jadi besar

Bila staf tak lapor awal, masalah teknikal boleh ganggu keseluruhan sistem.

Solusi Sediakan format komunikasi tetap daily report, weekly sync, atau meeting 15 minit.

4.Bina keyakinan bercakap.

Kadang bukan tak tahu, tapi takut salah cakap. Latih staf guna komunikasi profesional dan tenang.

Kerja bagus tanpa komunikasi ibarat kapal tanpa arah laju tapi tak tentu destinasi.

Komunikasi bukan tambahan, tapi sebahagian daripada kerja.