Ramai founder nak cari staff ada ownership kerana staf macam ini bukan sekadar ikut arahan, tapi anggap kerja sebagai tanggungjawab sendiri. Mereka fikir seolah-olah bisnes itu milik mereka. Bila ada staff ada ownership dalam organisasi, syarikat lebih mudah berkembang kerana mereka jadi penggerak utama.
Founder perlu kenal staf macam ini kerana mereka jadi pendorong utama syarikat grow.
1.Cari solusi sendiri
Mereka tak tunggu arahan bila ada masalah. Contoh, sistem error, mereka terus cari alternatif sementara.
2.Ambil tanggungjawab penuh
Kalau salah, mereka akui dan betulkan sendiri. Tak buang masa salahkan orang lain.
3.Fikir jangka panjang
Mereka lihat kesan kerja pada bisnes, bukan sekadar task. Contohnya, staf marketing fikir ROI, bukan sekadar post content.
4.Proaktif
Bertindak sebelum disuruh. Mereka akan cadangkan idea, bukan tunggu masalah muncul.
5.Prihatin pada hasil
Fokus mereka ialah impak, bukan sekadar checklist. Kerja siap tapi tak ada impak bukan matlamat mereka.