4 Dokumen HR Wajib Ada Walaupun Team Masih Kecil

Ramai founder anggap bila team kecil, tak perlu dokumen HR yang lengkap. Tapi hakikatnya, 4 dokumen HR wajib ada walaupun team masih kecil sebab inilah asas untuk elak konflik, salah faham dan risiko undang-undang bila bisnes makin membesar nanti.
Dalam artikel ini saya kongsikan 4 dokumen HR wajib ada walaupun team masih kecil yang anda boleh mula siapkan sekarang.
1. Offer Letter & Letter of Employment
Dokumen ini bukan sekadar formaliti. Ia jadi bukti sah perlantikan dan boleh lindungi syarikat jika berlaku sebarang isu. Pastikan semua staf walaupun kawan sendiri atau keluarga tandatangan dokumen ni sebelum mula kerja.
2. Job Description (JD)
Tanpa job description, staf akan ‘main agak-agak’ bila buat kerja. Dokumen ini penting untuk tunjukkan skop tugas yang jelas, KPI yang diukur dan siapa mereka perlu report. Inilah asas untuk accountability.
3. Company Policies / HR Manual
Ini antara dokumen HR wajib ada walaupun team masih kecil. Tak perlu tebal macam syarikat besar cukup ada peraturan asas seperti waktu kerja, cuti, MC, etika kerja, dan disiplin. Bila staf jelas, kuranglah drama.
4. Performance Review Template
Ramai SME skip benda ni. Tapi walaupun team kecil, anda perlu ada template untuk semakan prestasi supaya ada ruang tegur, improve dan reward dengan adil. Ini juga asas membina budaya high-performing team.
Tak perlu tunggu ada 20 staf baru nak sediakan semua ni. 4 dokumen HR wajib ada walaupun team masih kecil sebab ia bantu anda urus manusia dengan lebih sistematik dan profesional dari awal.
Nak lebih mudah? Tim betterHR boleh bantu sediakan semua dokumen ni siap template. Anda tinggal isi dan guna.