Work From Home Tak Perform? Ini Yang Anda Terlepas Pandang

Ramai founder dan team leader rasa kecewa bila tengok staf work from home tak perform.
Walaupun dah bagi tools, akses sistem, dan fleksibiliti masa hasilnya tetap jauh dari jangkaan.

Sebenarnya, isu work from home tak perform bukan semata-mata salah staf. Kadang-kadang, ada benda yang kita sendiri terlepas pandang sebagai founder.

1. Tiada Struktur Harian Yang Jelas

Salah satu sebab utama kenapa work from home tak perform adalah kerana tiada struktur kerja yang jelas.

  • Staf tak tahu bila kena deliver

  • Tak pasti kerja mana yang penting

  • Tiada jadual yang disiplin

Tanpa struktur harian yang ketat, kebebasan jadi liabiliti.

2. Tiada Sistem Pemantauan & Accountability

Kalau di pejabat kita boleh nampak siapa buat kerja tapi bila dari rumah?

Ramai leader tak pasang sistem pemantauan. Akhirnya, banyak kerja jalan ikut mood.

Contoh yang anda boleh guna:

  • Huddle pagi & petang

  • Daily tracker

  • Weekly output review

Tanpa accountability, memang susah nak pastikan work from home tak perform tu dapat diatasi.

3. Leadership Tak Ubah Cara Komunikasi

Kerja dari rumah perlukan cara komunikasi yang lebih proaktif.

  • Perlu jelas, ringkas, dan cepat

  • Kena ada saluran khas untuk critical task

  • Elakkan overload info di WhatsApp

Ramai leader tak ubah cara pimpin team. Guna gaya sama macam ofis padahal mindset dan rutin staf dah berubah. Inilah antara sebab utama kenapa work from home tak perform.

Boleh Lagi Ke Work From Home Diteruskan?

Boleh tapi kena ada sistem yang betul. Kunci kejayaan bukan lokasi staf, tapi cara kita urus mereka.

✅ Buat sistem task tracking
✅ Tetapkan waktu check-in harian
✅ Pantau progress ikut KPI, bukan kehadiran
✅ Latih leader jadi remote communicator

Kalau Serius Nak WFH Perform, Jangan Main Redah

Work from home tak perform bukan sebab staf tak boleh buat kerja tapi sebab struktur, sistem dan komunikasi tak cukup mantap.

Kalau anda betulkan sistem ini, WFH boleh jadi aset untuk scale bisnes dengan lebih efisien dan jimat kos.