Dalam banyak organisasi, meeting seolah olah jadi simbol kerja. Semakin kerap mesyuarat dibuat, semakin nampak “sibuk.” Tapi kalau setiap minggu penuh dengan perbincangan tanpa keputusan jelas, itu bukan koordinasi itu pembaziran masa.
Pasukan yang cemerlang bukan diukur daripada berapa kali mereka berkumpul, tapi sejauh mana mereka faham matlamat dan tindakan selepas setiap sesi.
Masalah Sebenar Banyak Meeting, Tapi Arah Tak Jelas
Masalah utama dalam organisasi bukan jumlah meeting, tetapi kekurangan hala tuju.
Bila mesyuarat diadakan tanpa objektif yang kukuh, orang bercakap panjang tapi tiada siapa bergerak ke depan.
Tanda-Tanda Mesyuarat Dah Jadi Beban
1.Topik berulang setiap minggu tanpa penyelesaian.
2.Tiada follow-up atau pemantauan selepas perbincangan.
3.Staf hadir tapi tak faham apa peranan mereka dalam hasil akhir.
Apabila situasi ini berlaku, mesyuarat hanya menambah bunyi bukan kemajuan.
3 Cara Jadikan Mesyuarat Lebih Produktif
1. Tetapkan Matlamat Sebelum Bermula
Setiap kali bermesyuarat, mulakan dengan satu persoalan utama:
Apa yang kita nak capai hari ni?”Dengan matlamat yang jelas, semua orang akan fokus kepada penyelesaian bukan sembang
2. Catat Keputusan Utama, Bukan Perbualan Panjang
Minit meeting penting, tapi yang lebih penting ialah senarai tindakan.
Pastikan setiap keputusan disertakan dengan:
-
Tanggungjawab individu
-
Tindakan yang perlu dilakukan
-
Tarikh siap atau semakan seterusnya
3. Gunakan Sistem Pemantauan Mingguan
Gunakan dashboard KPI atau laporan mingguan supaya semua tahu perkembangan terkini.
Apabila maklumat mudah diakses dan difahami, banyak masalah boleh diselesaikan tanpa perlu buat mesyuarat tambahan.
Kurangkan Mesyuarat, Tambahkan Kejelasan
Produktiviti bukan datang daripada jumlah mesyuarat, tetapi daripada keputusan dan kejelasan selepasnya.
Bila setiap orang tahu apa yang perlu dibuat dan kenapa, organisasi bergerak lebih cepat, tanpa perlu tambah masa di bilik meeting.

