Ramai leader rasa lega bila boleh guna sistem remote work. Tetapi, lepas beberapa bulan mula nampak masalah: staff remote hilang fokus. Mereka nampak sibuk di depan laptop, tapi hasil kerja tak bertambah.

Sebenarnya, isu ini normal. Bila bekerja jauh dari pejabat, staf mudah terganggu dengan suasana rumah, komunikasi terbatas, dan kurang semangat team. Kalau founder tak bertindak awal, prestasi syarikat boleh jatuh.

Remote bukan bermaksud bebas sepenuhnya. Tanpa sistem yang betul, remote hanya jadi alasan untuk longgarkan disiplin.

1.Tetapkan jadual kerja jelas
Founder boleh buat guideline jam kerja & waktu rehat. Ini elak staf jadi “blur” bila nak mula dan bila nak habis.

2. Gunakan sistem task tracking
Alat seperti Trello, Asana atau ClickUp bantu team nampak progress kerja. Dengan cara ni, staf lebih bertanggungjawab pada setiap task.

3.Check-in harian atau mingguan
Tak perlu micromanage, cukup dengan 10 minit online meeting untuk semak fokus & cabaran staf.

4.Sediakan ruang komunikasi santai
Bukan semua meeting mesti formal. Buat sesi santai di Slack/WhatsApp supaya staf rasa lebih rapat & selesa.

5.Berikan penghargaan pada hasil
Bila staf capai sesuatu, walaupun kecil, hargai dengan pujian atau bonus. Ini boleh naikkan semangat dan fokus mereka.

Staff remote boleh jadi lebih produktif berbanding staf di pejabat dengan syarat ada sistem. Rutin jelas, tool tracking, dan expectation yang tepat akan pastikan disiplin terjaga.

Kalau team remote anda makin lembap, cuba taktikal mudah ni dulu sebelum salahkan staf.