Ramai founder pernah kecewa bila staff baru tak perform seperti yang dijangka. Masa interview nampak meyakinkan, tapi bila dah mula kerja, semangat cepat hilang. Hari pertama penuh tenaga, minggu kedua mula perlahan, bulan ketiga dah hilang arah.
Persoalannya adakah staf tu yang lemah, atau sistem onboarding kita yang gagal bantu mereka untuk jadi kuat?

1.Permulaan menentukan prestasi.

Sebenarnya, 70% prestasi staf baru ditentukan dalam 14 hari pertama. Kalau hari pertama pun kelam-kabut, staf tak tahu siapa nak report, tak faham budaya kerja dia dah hilang kepercayaan terhadap struktur syarikat. Dalam kepala dia, “Kalau bos pun tak teratur, macam mana aku nak perform?”

2.Founder tak jelas KPI sebenar.

Masalah kedua, expectation kabur. Ramai founder bagi tugasan tapi tak bagi deliverable jelas. Akibatnya, staf buat ikut logik sendiri. Bila result tak kena dengan jangkaan, bos kecewa sedangkan arahan asal pun tak tepat.

3.Budaya kerja tak diterangkan.

Ramai staf baru datang dengan tabiat lama dari syarikat sebelumnya. Kalau kita tak bentuk semula nilai kerja mereka, mereka akan guna gaya lama dalam sistem kita. Itu sebab onboarding bukan sekadar ajar kerja, tapi bentuk mentaliti.

4.Kurang sokongan & coaching awal.

Bila staf baru dibiarkan sendiri terlalu cepat, dia mula buat silap dan rasa gagal. Dari situ semangat jatuh, prestasi merosot, dan akhirnya dia cuma datang kerja tanpa jiwa.

Solusi

Onboarding bukan formaliti, tapi pelaburan. Bina sistem 30 hari pertama dengan jelas: kenal nilai syarikat, faham KPI, jumpa mentor, dan review mingguan. Bila staf baru nampak struktur dan keprihatinan, dia akan bina kepercayaan dari situ datang prestasi.

Kegagalan staf baru bukan semata-mata kesalahan individu, tapi refleksi kepada sistem kita.

Kalau kita nak staf perform, kita kena sediakan jalan untuk dia berjaya. Jangan marah bila mereka tak sampai kalau kita sendiri tak pernah tunjuk jalan.