Ramai founder kecewa bila staf suka buat minimum effort je cukup-cukup syarat, tak lebih. Tugasan siap, tapi tiada inisiatif atau semangat nak bagi lebih. Kalau anda selalu hadap masalah staf macam ni, mungkin ada puncanya yang anda tak sedar.
Dalam artikel ini, saya kongsikan 4 punca staf suka buat minimum effort je dan bagaimana anda boleh atasi dari sekarang.
1. Tiada Visi atau Matlamat yang Jelas
Bila staf tak nampak arah atau tujuan syarikat, mereka hanya datang kerja sekadar rutin. Mereka tak nampak “kenapa” di sebalik apa yang mereka buat. Inilah salah satu sebab kenapa staf suka buat minimum effort je sebab tiada keterikatan dengan visi syarikat.
2. Bos Asyik Tukar Arah, Staf Jadi Lemau
Kalau setiap minggu arah berubah, staf pun jadi bingung. Mereka akan pilih untuk buat sekadar perlu je, sebab takut usaha mereka akan “dibakul sampahkan” lagi. Situasi ni akan buat staf suka buat minimum effort je sebagai cara selamatkan diri.
3. Tiada Penghargaan, Usaha Rasa Tak Berbaloi
Setiap orang suka dihargai. Tapi bila usaha tak dihargai atau yang “kaki drama” je dapat perhatian semangat staf lain akan jatuh. Akhirnya mereka pun mula ikut arus, buat sekadar minimum. Staf suka buat minimum effort je bila mereka rasa tiada siapa pun peduli usaha lebih mereka.
4. Tiada Sistem Penilaian Prestasi yang Tegas
Kalau staf tak tahu apa yang dinilai, atau semuanya dinilai sama rata mereka akan pilih jalan paling mudah. Dengan sistem yang kabur, prestasi tak boleh dipantau secara objektif. Inilah sebab kenapa staf suka buat minimum effort je, sebab tiada ‘trigger’ untuk mereka perform.
Kalau anda nak elak staf suka buat minimum effort je, mula dengan baiki struktur dalaman. Beri hala tuju yang jelas, sistemkan penilaian, dan jadikan budaya kerja lebih bermakna.
Anda tak perlu buat semua sendiri betterHR boleh bantu anda wujudkan sistem prestasi dan budaya kerja yang buat staf gerak dengan sendiri. Jangan biar team anda jadi biasa-biasa.