Ada staf lama tak berkembang walaupun dah lima tahun dengan kita? Bukan sebab dia malas, tapi mungkin sebab kita silap masa pengambilan pilih untuk “isi kekosongan”, bukan “bina potensi”. Bila staf tak berkembang, organisasi pun tersekat.

1.Syarikat dah berubah, staf tak ikut.

Masa mula-mula, kita perlukan orang yang boleh buat semua benda. Tapi bila syarikat dah berkembang, kita perlukan orang yang boleh pimpin, bukan ikut. Masalahnya, staf lama selalunya selesa tak mahu cabar diri sebab dah “biasa”.

2.Tiada hala tuju yang jelas.

Bila staf tak nampak ke mana dia boleh pergi dalam syarikat, dia tak akan cuba ke sana. Banyak founder gagal buat career path akhirnya, staf buat kerja sekadar cukup makan.

3.Kurang coaching & accountability.

Staf yang lama perlukan bimbingan baru untuk naik tahap. Tapi ramai founder anggap mereka dah “expert”, jadi dibiarkan sendiri. Padahal tanpa semakan prestasi dan mentoring, mereka akan stuck.

Solusi:Audit staf lama setiap enam bulan. Tinjau semula sama ada mereka masih sesuai dengan hala tuju semasa. Kalau sesuai, bagi ruang naik kalau tak, bina pelan gantian. Kadang-kadang, upgrade bukan tambah orang baru, tapi reframe orang sedia ada.

Staf lama boleh jadi aset besar kalau dibimbing untuk berkembang. Tapi kalau dibiarkan tanpa hala tuju, mereka jadi beban yang perlahan-lahan tarik organisasi ke bawah.

Loyalti bagus, tapi tanpa growth ia jadi alasan untuk stagnan.