Ramai bos cepat simpulkan “Team aku tak pandai jual.” Tapi bila siasat betul-betul, mereka bukan tak pandai mereka cuma tak tahu apa yang perlu diperbaiki. Masalahnya bukan pada kemahiran jualan, tapi pada kekurangan sistem pantau sales team yang bantu mereka nampak apa perlu diperbaiki.
Bila tiada sistem pantau, founder pun tak dapat kenal pasti siapa stuck, siapa perform, dan apa halangan sebenar dalam pipeline. Inilah punca utama produktiviti sales jatuh perlahan tanpa disedari.
Sales team yang berjaya bukan yang paling rajin, tapi yang sentiasa belajar daripada data dan feedback.
Tanpa sistem pantau yang konsisten, semua kerja jadi main agak-agak. Sales rep mungkin follow-up, tapi tak tahu strategi mana berkesan atau kenapa closing rate rendah.
Kesan bila sales coaching dan time management tak disusun betul:
-
Tiada siapa tahu berapa banyak leads follow-up yang hilang.
-
Tiada sesi review kes jualan gagal.
-
Tiada dashboard untuk lihat trend closing mingguan.
Akhirnya, semua kerja berdasarkan perasaan bukan data sebenar.
Sistem pemantauan tak perlu rumit, tapi mesti konsisten.
Cukup tiga komponen utama:
1.Pipeline jelas.
Setiap prospek mesti ada status dan tarikh tindakan.
2.Coaching mingguan.
Founder dan sales manager tahu siapa perlukan bantuan dan di bahagian mana.
3.Dashboard prestasi.
Paparkan closing rate, aktiviti harian, dan jumlah follow-up aktif.
Bila semua ni berjalan, produktivitI sales meningkat secara semula jadi. Team jadi lebih fokus, belajar urus masa dengan betul, dan tahu di mana perlu baiki prestasi.
Sales team bukan gagal sebab tak pandai jual tapi sebab tiada sistem pantau yang bantu mereka berkembang.
Bila sales coaching, time management, dan monitoring system dibuat betul, prestasi team naik dengan konsisten dan closing rate pun meningkat.

