Sales team ialah nadi utama syarikat. Tapi bila terlalu lama ditekan target, mereka boleh alami sales team burnout. Bila semangat dah jatuh, prestasi dan hasil jualan akan mula merosot.
Founder atau bos kena cepat kesan tanda-tanda ini sebelum keseluruhan sales pipeline runtuh.
1. Review Target Secara Realistik
Pastikan target yang ditetapkan realistik dengan kapasiti pasaran dan sumber tenaga kerja yang ada. Target terlalu tinggi tanpa sokongan boleh menyebabkan sales team burnout lebih cepat
2. Sediakan Support Tools
Bantu pasukan dengan sistem CRM, sales script, dan bahan marketing support. Bila alatan lengkap, kerja mereka lebih tersusun dan tekanan emosi pun berkurang.
3. Coaching dan Sokongan Emosi
Jangan hanya tekan dengan angka. Luangkan masa coaching ajar teknik closing lebih berkesan dan bina keyakinan diri.Sales team yang rasa disokong akan lebih tahan tekanan dan kurang risiko burnout.
4. Reward Usaha, Bukan Hanya Hasil
Hargai pencapaian kecil setiap minggu. Recognition walaupun kecil boleh beri impak besar kepada motivasi.Apabila staf rasa dihargai, mereka lebih komited dan kurang rasa terbeban.
5. Wujudkan Aktiviti Team Bonding
Aktiviti luar kerja seperti team lunch atau mini retreat boleh bantu pulihkan tenaga dan semangat.Hubungan yang rapat antara ahli team penting untuk elak sales team burnout berulang.
Sales team burnout bukan tanda kelemahan ia petanda pasukan perlukan keseimbangan antara tekanan dan sokongan.Bos yang bijak tahu bila nak push, bila nak bantu. Bila pasukan rasa dihargai, mereka akan berikan lebih dari sekadar target mereka bina momentum jangka panjang untuk syarikat.