Nak Staff Kekal Lama? Jangan Skip Onboarding!

Kalau anda nak staff kekal lama dalam syarikat, jangan skip onboarding. Ramai founder ingat onboarding tu sekadar sesi perkenalan awal. Tapi sebenarnya, onboarding yang betul akan tentukan sama ada staff tu boleh adapt dengan budaya kerja, perform dengan baik atau cabut selepas sebulan.
Dalam artikel ni saya akan tunjuk kenapa nak staff kekal lama, jangan skip onboarding, dan apa yang perlu ada dalam onboarding anda.
1. Onboarding Tentukan Impresi Pertama
Hari pertama kerja sangat penting. Kalau onboarding sambil lewa, staff akan rasa tak dihargai atau dibiarkan sendiri. Tapi kalau onboarding kemas, dia akan rasa ‘aku penting di sini’. Jadi kalau nak staff kekal lama, jangan skip onboarding dan pastikan mereka selesa dari awal.
2. Bantu Staff Faham Visi & Budaya Syarikat
Bila onboarding dijalankan dengan betul, staff akan tahu apa matlamat syarikat dan bagaimana cara kerja dalam team. Ini kurangkan kejutan budaya dan elak salah faham. Anda nak mereka serap DNA bisnes bukan sekadar tahu tugas. Ingat, nak staff kekal lama, jangan skip onboarding.
3. Elak Kos Tinggi Bila Staff Berhenti Awal
Kita semua tahu betapa mahalnya kos ambil staf baru masa, latihan, dan gaji dibayar walaupun belum perform. Bila onboarding gagal, risiko untuk staff berhenti awal sangat tinggi. Jadi kalau nak staff kekal lama, jangan skip onboarding, kerana onboarding adalah pelaburan.
4. Onboarding Jadikan Staff Cepat Perform
Dengan onboarding yang tersusun, staff tahu apa yang perlu dicapai, siapa perlu dirujuk, dan bagaimana nak capai KPI. Ini buatkan mereka lebih yakin, tak kelam kabut, dan lebih cepat capai tahap produktif.
Ramai staff berhenti bukan sebab tak mampu kerja tapi sebab onboarding gagal bantu mereka faham dan selesa. Kalau betul-betul nak staff kekal lama, jangan skip onboarding. Bina sistem onboarding yang sistematik, bukan sekadar bagi fail dan tinggal.
Nak mudah? betterHR boleh bantu anda bina modul onboarding yang praktikal, ringkas dan berimpak tinggi supaya staf bukan je kekal lama, tapi terus berkembang.