Dalam organisasi kecil, setiap staf memainkan peranan penting. Namun, bila seorang yang salah direkrut sama ada tak sehaluan, suka cari alasan, atau terlalu negatif keseluruhan sistem boleh terganggu.
Sebenarnya, masalahnya bukan pada seorang staf semata-mata, tetapi kerana kesannya berantai dan menular dalam pasukan.
Recruitment bukan sekadar isi kekosongan. Sebaliknya, ia tentang memilih orang yang sesuai dengan nilai dan budaya organisasi.
Ramai founder silap apabila ambil staf hanya kerana “terdesak”.
Akibatnya, dua bulan kemudian mula menyesal sebab staf itu bukan sekadar tak perform malah boleh rosakkan moral seluruh team.
Contohnya, seorang staf yang suka “baling tanggungjawab” boleh buat rakan sekerja hilang motivasi.
Apabila bos tak ambil tindakan, staf lain pula mula fikir, “tak apa, aku pun boleh buat macam tu.”
Dari situ, budaya disiplin mula longgar dan semangat kerja jatuh.
Antara kesilapan rekrut staf yang biasa berlaku:
1.Ambil sebab cepat, bukan sebab sesuai.
Terlalu nak isi tempat kosong sampai lupa nilai jangka panjang.
2.Tak semak attitude.
Skill boleh dilatih, tetapi sikap sukar diubah.
3.Tiada probation jelas.
Founder tak pantau dari awal, jadi tanda bahaya tak disedari.
Oleh itu, HR system perlu ada proses rekrut yang betul temuduga berlapis, penilaian sikap, dan onboarding yang tersusun.
Apabila proses ni konsisten, staf baru mudah menyesuaikan diri dan team kekal harmoni.
Dalam bisnes kecil, seorang staf boleh jadi pemangkin atau racun.
Rekrut bukan sekadar “dapat orang”, tetapi mencari orang yang selaras dengan hala tuju syarikat.

