Ramai bos cuba jadi sempurna nak disukai semua orang, nak sentiasa nampak betul. Namun begitu, staf sebenarnya tak perlukan bos yang sempurna. Mereka perlukan pemimpin yang konsisten dengan prinsip. Inilah asas kepada kepimpinan berasaskan nilai, di mana keputusan dibuat berlandaskan kejujuran dan integriti, bukan emosi atau populariti.

Asas Kepimpinan Berasaskan Nilai Dalam Organisasi

Antara nilai paling penting yang staf mahu lihat termasuklah:

1.Integriti. Bos berpegang pada janji walaupun kecil.

2.Keadilan. Semua orang dinilai sama bila berlaku kesilapan.

3.Konsistensi. Apa yang diucap mesti serupa dengan tindakan.

Selain itu, bila nilai ini diamalkan setiap hari, staf akan rasa lebih selamat untuk ikut. Mereka tahu maksud sebenar bos bila sebut “hasil” atau “kualiti”.

Kesilapan Biasa Dalam Kepimpinan

Kesilapan ramai founder ialah terlalu ingin disukai sehingga hilang prinsip. Sedangkan organisasi yang kukuh bukan dibina atas rasa suka, tetapi atas kepimpinan berasaskan nilai yang dihormati bersama.

Bos tak perlu sempurna cukup jadi cermin kepada nilai yang syarikat pegang.
Konsistensi lebih berharga daripada kesempurnaan, sebab kejelasan nilai itulah yang membina kepercayaan jangka panjang.