Pernah tak waktu meeting, bos tanya “Ada idea?” dan semua orang tunduk tengok meja? Inilah tanda staff takut bagi idea dalam meeting. Bukan sebab tak ada idea tapi sebab takut. Takut diketawakan. Takut ditolak. Takut bos cakap “itu tak logik”.
Bila budaya takut ni dah lama, syarikat pun hilang suara yang paling berharga suara orang yang kerja hari-hari hadap realiti.

Budaya salah tak dibolehkan.
Kalau setiap kesilapan dihukum, staf belajar untuk diam. Tak ada siapa nak kena marah sebab idea “tak jadi”.

Feedback yang mematahkan semangat.
Kadang bos sendiri bunuh kreativiti tanpa sedar dengan ayat macam “itu tak praktikal” atau “saya dah cuba dulu”. Lama-lama staf berhenti mencuba.

Tiada ruang selamat.
Bila semua meeting terlalu formal dan penuh tekanan, orang jadi defensive. Mereka takut bersuara sebab rasa akan dinilai.

Tiada follow-up.
Bila idea dah dikongsi tapi tak pernah diambil tindakan, staf hilang motivasi nak bersuara lagi.

Solusi Wujudkan safe space untuk idea. Boleh mula dengan sesi “no judgment brainstorming” semua idea diterima dulu, baru tapis kemudian. Bila staf rasa dihargai, mereka akan mula berani.

Bila staf diam, itu bukan tanda setuju itu tanda putus asa.
Founder yang nak bina organisasi progresif kena cipta budaya di mana semua orang rasa suara mereka ada nilai.