Ramai staf hebat tinggalkan syarikat bukan sebab gaji rendah, tapi sebab tiada struktur kerja yang jelas. Mereka nak bekerja dalam sistem yang stabil, bukan tempat yang kelam kabut. Orang hebat suka tahu ke mana mereka menuju, bukan sekadar ikut arahan tanpa arah yang pasti.

1. Mereka cari kejelasan

Staf hebat tak suka arahan berubah-ubah. Mereka nak tahu matlamat, bukan teka sendiri.

2. Struktur beri motivasi

Bila sistem kerja jelas, staf tahu nilai kerja mereka dalam “big picture”.

3. Kurang drama pejabat

Bila SOP mantap, tak perlu berdebat siapa salah. Semua rujuk sistem.

4.Syarikat nampak profesional

Struktur jelas buat staf rasa bangga kerja di tempat itu.

SolusiFounder kena dokumentasi sistem, bukan simpan semua dalam kepala.

Staf hebat tak lari sebab duit mereka lari sebab kekeliruan.

Nak kekalkan bakat terbaik, bina struktur kukuh dan tunjuk arah jelas.