Sebuah team yang kuat selalu bermula dengan seorang leader yang jelas. Bila leader tahu hala tuju, team akan ikut dengan penuh yakin. Tapi bila leader sendiri kabur, jangan terkejut kalau team pun hilang arah.
Ramai founder selalu tertanya kenapa team mereka lemah, tak konsisten, atau kerap buat silap. Sedangkan jawapannya mudah leader yang tidak jelas akan memindahkan kekeliruan itu kepada seluruh organisasi.
1.Arah kerja kabur
Bila leader tak nyatakan prioriti dengan jelas, staff akan kerja ikut try & error.
2.Semua benda jadi urgent
Leader yang kabur akan tukar-tukar fokus. Hari ini A penting, esok B pula.
3.Motivasi team jatuh
Staff perlukan kepastian. Bila arahan bercampur, mereka hilang semangat.
4.Standard kerja tidak jelas
Bila leader tak tetapkan benchmark, kualiti hasil kerja jadi turun naik.
5.Kadar keluar staf meningkat
Orang berbakat benci kerja dalam keadaan kabur.
Nak team kuat, leader kena jelas dulu. Jelas pada visi, jelas pada arah, jelas pada standard kerja. Bila leader sendiri terang, team akan lebih mudah bergerak dengan penuh yakin.

