Founder Tak Boleh Buat Semua: Fokus 3 Peranan Ni

Ramai founder masih terperangkap buat semua benda dari strategi, jualan, operasi sampailah ke follow up invoice. Tapi realitinya, founder tak boleh buat semua. Bukan sebab anda lemah, tapi sebab fokus anda sepatutnya pada 3 peranan yang hanya anda boleh lakukan.
Nak scale business, anda kena sedar bila masanya untuk serah tugas dan letak kepercayaan pada team. Jadi apa sebenarnya 3 peranan utama yang founder perlu jaga?
1. Jaga Visi & Arah Syarikat
Sebagai founder, hanya anda yang tahu arah sebenar syarikat
  • Kalau anda sibuk sangat buat semua, siapa yang pandu haluan?
Jadi, pastikan anda luangkan masa untuk fikirkan strategi besar, peluang baru dan perancangan jangka panjang. Fokus anda tak boleh terlalu tertumpu pada daily ops.
2. Bangunkan Team dan Leadership Pipeline
Satu kesilapan besar founder yang buat semua mereka tak sempat groom leader dalam team.
Kalau anda nak keluar dari operasi harian, anda perlukan team yang boleh fikir dan buat keputusan. Fokus anda sepatutnya pada coaching, mentoring dan susun sistem supaya team boleh jalan walaupun anda tak ada.
3. Bina Partnership & Exposure
Bisnes berkembang bukan hanya dengan kerja dalaman. Founder kena keluar dan bina network.
Cari partnership, buka pintu baru, bina brand positioning dan pastikan bisnes dikenali.
  • Kalau anda masih buat kerja admin dan operasi setiap hari, bila masa nak bina influence?
Ingat founder tak boleh buat semua. Kalau anda terus cuba buat semua, syarikat akan stuck dan anda akan burn out.
Mulakan dengan buat audit kerja sendiri. Mana boleh delegate, delegate. Mana boleh sistemkan, sistemkan.
Dan pastikan anda luang masa hanya untuk 3 peranan penting ni. Sebab bila founder fokus betul-betul, syarikat boleh pergi jauh.