Ramai founder nak semua perfect dalam setiap kerja dari design, laporan, sampai ke cara team buat tugasan. Niatnya nak hasil terbaik, tapi bila bisnes makin besar, mindset perfeksionisme ni boleh jadi perangkap yang bahaya. Staf mula takut silap, keputusan jadi lambat, dan akhirnya produktiviti team merosot.
1.Staf jadi takut buat silap
Bila bos terlalu detail sampai hal kecil pun ditegur, staf akan hilang keyakinan. Mereka mula buat kerja untuk elak marah, bukan untuk hasil.
2.Keputusan jadi perlahan
Setiap tugasan perlu “greenlight” bos. Bila semua tunggu satu orang, projek jadi lambat.
3.Inovasi mati
Tiada siapa berani cuba idea baru sebab takut tak ikut citarasa bos.
4.Tenaga hilang pada benda remeh.
Perfeksionisme fokus pada “cantik” berbanding “berfungsi”. Masa banyak habis pada polish, bukan progress.
Solusi Tukar mindset daripada perfect execution kepada continuous improvement. Biarkan staf deliver dulu, baru refine sama-sama.
Perfeksionisme bukan tanda standard tinggi ia tanda takut gagal. Kalau founder nak scale, kena belajar lepaskan sedikit kawalan dan bagi ruang team belajar.
Bukan semua benda perlu perfect. Kadang, yang penting adalah “jalan dulu, improve kemudian.”