Satu tanda organisasi lemah dalam pertumbuhan ialah bila feedback dalam organisasi tidak diterima dengan terbuka. Bos tegur, staf terasa. Staf bagi pandangan, bos pula defensif. Akhirnya semua diam. Bila tiada komunikasi dua hala, organisasi berhenti belajar dan bila tak belajar, bisnes pun statik.
1.Budaya komunikasi yang kaku.
Banyak syarikat kecil terperangkap dalam gaya komunikasi “aku bos, kau staf”. Tiada ruang untuk pandangan jujur. Bila budaya ni kekal, semua orang hanya buat apa yang disuruh, bukan apa yang betul.
2.Teguran disampaikan dengan cara salah.
Nada dan timing sangat penting. Feedback masa orang tengah tertekan akan dianggap serangan, bukan bimbingan.
3.Tiada keseimbangan antara pujian dan teguran.
Kalau hanya kritik tanpa hargai, staf akan rasa sia-sia. Puji hasil baik sebelum betulkan kelemahan baru mesej diterima dengan baik.
4.Tiada follow-up selepas teguran.
Feedback tanpa susulan hanya cakap kosong. Follow-up bukan untuk marah, tapi untuk tunjuk kita serius nak bantu dia improve.
Solusi Wujudkan budaya “two-way feedback”. Ajar staf berani beri pandangan kepada bos juga. Bila semua terbuka, organisasi akan jadi lebih matang dan cepat belajar.
Feedback bukan tanda salah ia tanda kita masih peduli. Bila semua dalam organisasi boleh bercakap dengan jujur tanpa takut, team akan berkembang cepat dan kerja jadi lebih tenang.
Dalam bisnes, orang yang boleh terima feedback ialah orang yang akan pergi jauh

