Ramai calon nampak rajin tapi tak boleh harap masa interview banyak tanya, tunjuk semangat, dan cakap “saya boleh kerja apa saja bos”. Tapi bila dah kerja, produktiviti mereka paling rendah. Founder kena tahu beza antara rajin ikhlas dan rajin yang cuma strategi nak lepas interview.

1.Rajin bukan bermaksud hasil.

Ramai calon nampak aktif tapi sebenarnya tak fokus. Mereka sibuk dengan aktiviti, bukan produktiviti. Hasil kerja tak naik walau nampak sibuk setiap hari.

2.Tengok cara mereka urus masa dan prioriti.

Orang yang betul-betul rajin akan tahu bila nak kata “tidak” pada tugasan tak penting. Orang yang pura-pura rajin pula suka terima semua akhirnya, tak ada satu pun siap.

3.Uji dengan tugasan real.

Dalam interview, beri mereka tugasan kecil yang kena disiapkan dalam masa tertentu. Dari situ kita boleh nilai disiplin, kefahaman, dan kecekapan sebenar.

Solusi:Gunakan kombinasi tiga pendekatan: tanya pengalaman sebenar, beri tugasan, dan nilai komunikasi. Orang yang rajin pura-pura akan cepat kantoi bila kena cerita detail.

Jangan tertipu dengan gaya rajin yang cuma ada di depan mata.

Dalam bisnes, yang penting bukan siapa paling sibuk tapi siapa paling konsisten hasilkan kerja yang siap dan berkualiti.