Tidak semua staf akan berhenti kerja dengan cara rasmi. Ada yang jadi ‘silent resigner’ hadir ke pejabat, masih buat kerja asas, tapi hati dan komitmen mereka sudah tiada.
Fenomena ini bahaya kerana ia perlahan-lahan melemahkan team. Staf yang tinggal hanya jasad, tapi jiwa sudah keluar dari organisasi.
1.Kurang inisiatif
Silent resigner hanya buat apa yang disuruh, tanpa usaha lebih. Mereka berhenti volunteer atau beri idea baru.
2.Turun semangat kerja
Mereka nampak letih, tidak bersemangat, dan kurang komunikasi dengan team.
3.Elak tanggungjawab tambahan
Bila diberi projek baru, mereka selalu cari alasan untuk elak.
4.Kurang hubungan sosial
Mereka mula menjauh dari aktiviti team, mesyuarat, atau perbualan kasual.
5.Kualiti kerja merosot
Walaupun hadir, hasil kerja mereka jadi minimum dan tidak berkembang.
Silent resignation boleh jadi lebih bahaya daripada resign sebenar kerana ia merebak jadi budaya negatif. Leader perlu peka dengan tanda-tanda awal.
Bila nampak staf mula ‘putus hati’, masa untuk engage semula sebelum mereka betul-betul keluar.