Bila bisnes mula berkembang, ramai founder jadi terlalu fokus kejar pelanggan baru. Semua masa dan perhatian pergi pada sales dan marketing  tapi staf lama yang setia dari awal mula dilupakan.
Mereka bukan minta layanan istimewa, tapi bila jasa mereka tak dihargai, motivasi mereka hilang sedikit demi sedikit. Inilah tanda awal bila bos abaikan staff lama tanpa sedar.
1. Staf Lama Jadi ‘Invisible’
Bila semua fokus pada expansion, orang lama mula rasa mereka tak lagi penting. Mereka tengok bos sibuk dengan client baru, tapi tiada lagi ruang untuk dengar pandangan mereka.
2. Motivasi Menurun Perlahan-Lahan
Mereka masih buat kerja tapi tanpa semangat. Bila hati tawar, prestasi pun perlahan-lahan jatuh. Ini antara kesan paling nyata bila bos abaikan staff lama.
3. Hilang Pengalaman Bernilai
Bila staf lama keluar, syarikat kehilangan knowledge dan hubungan yang mereka bina bertahun-tahun. Semua itu ambil masa panjang untuk diganti.
4. Kesan Pada Reputasi Dalaman
Staf lain mula perasan dan fikir, “Kalau aku pun kerja lama, belum tentu dihargai.” Persepsi ni boleh rosakkan kepercayaan dan moral seluruh team.
Solusi: Seimbangkan Fokus Antara Client Baru & Staff Lama
Kadang cukup sekadar pengiktirafan ucapan terima kasih, peluang naik pangkat, atau tunjuk kepercayaan baru. Loyalty bukan datang dari gaji, tapi dari rasa dihargai.
Client baru boleh dicari setiap hari, tapi staf setia yang faham DNA bisnes tak boleh diganti.
Founder yang bijak tahu pertumbuhan sebenar bermula dengan menghargai orang dalam syarikat sendiri.

