Data HR sangat penting kerana bila semua keputusan dibuat atas rasa, bukan fakta, risiko tinggi dan hasil jadi tak konsisten. Bila tak ada data HR, founder tak tahu siapa produktif, siapa perlukan bimbingan, dan berapa kos sebenar turnover.

Data HR bukan sekadar cantikkan laporan ia cermin realiti organisasi.

Jenis data HR yang wajib ada:

1.Kehadiran & Disiplin: Catat dan analisis trend, bukan sekadar hadir/tidak.

2.Prestasi & KPI: Fokus pada hasil sebenar, bukan aktiviti semata.

3.Turnover & Retention: Berapa ramai keluar, dan sebab sebenar mereka pergi.

Dengan data ni, HR boleh beri insight strategik, bukan alasan. Contohnya, daripada “ramai resign”, HR boleh jelaskan, “60% resign sebab tiada laluan kenaikan.”

Bila semua keputusan berdasarkan fakta, founder boleh buat strategi tepat dan organisasi bergerak dengan yakin.

Agak-agak bukan strategi.HR moden bergerak dengan nombor, bukan perasaan.