“Leader terlalu sibuk bukan perkara asing dalam organisasi. Kadang-kadang kerana projek menimbun, kadang sebab urusan luar pejabat. Tapi bila leader sibuk sampai tak sempat pimpin team, kesannya boleh jadi besar.”
Sebenarnya, peranan leader bukan hanya buat kerja teknikal, tetapi memastikan semua staf tahu hala tuju, diberi panduan, dan termotivasi untuk capai sasaran. Kalau peranan ini diabaikan, bisnes akan stuck.
1.Terperangkap dalam kerja teknikal
Ramai founder habiskan masa pada benda kecil seperti check dokumen, buat design, atau urus akaun sendiri. Ini menjadikan mereka kurang masa untuk fikir strategi. Contoh, bila founder lebih sibuk kira invois berbanding closing deal besar, potensi bisnes jadi terbantut.
2.Team hilang arah
Bila leader tak ada masa beri direction, staf akan buat ikut cara sendiri. Setiap orang ikut gaya masing-masing hingga kerja bercanggah. Lama-lama, team hilang fokus pada result besar.
3.Masalah kecil jadi besar
Tanpa pemantauan leader, isu kecil tak ditangani cepat. Contohnya, staf kurang disiplin mula datang lambat. Bila dibiarkan, budaya kerja longgar mula merebak.
4.Staf kurang motivasi
Bila bos jarang engage, staf rasa tidak dipedulikan. Mereka hanya buat kerja asas tanpa semangat nak capai lebih. Lama-lama, produktiviti jatuh.
5.Bisnes stuck
Bila leader terlalu sibuk dengan benda teknikal, mereka jadi bottleneck. Keputusan lambat dibuat, projek tertangguh, dan peluang besar terlepas.
Leader perlu sedar mereka bukan lagi ‘pekerja paling rajin’ dalam syarikat. Peranan sebenar adalah pimpin orang lain untuk jadi lebih baik, bukan ambil semua kerja sendiri.
Kalau leader tak sempat pimpin team, jangan pelik bila bisnes susah berkembang. Masa untuk lepaskan kerja teknikal dan fokus pada leadership sebenar