Ramai leader pernah rasa coaching tak jalan walaupun sudah cuba pelbagai pendekatan. Situasi ini sering membuatkan leader kecewa kerana usaha membimbing staf tidak membawa hasil. Namun, adakah masalah ini berpunca daripada teknik yang digunakan, atau sebenarnya timing yang tidak kena? Mari kita lihat lebih dekat.

1.Teknik salah

Coaching bukan ceramah atau arahan. Kalau leader lebih banyak bercakap daripada mendengar, itu bukan coaching sebenar.

2.Timing tak sesuai

Coaching staf ketika mereka stres dengan dateline hanya menambah tekanan. Masa yang tenang lebih sesuai.

3.Fokus tidak jelas

Coaching tanpa objektif hanya jadi sembang kosong. Setiap sesi perlu ada matlamat.

4.Tiada follow up

Coaching sekali tanpa tindak lanjut tak akan ubah habit staf. Perlu ada susulan untuk pastikan progress.

5.Leader kurang skil

Coaching perlukan kemahiran mendengar, bertanya, dan memberi refleksi. Tanpa skil ini, coaching tidak berkesan.

Bila coaching tak jalan, jangan terus salahkan staf. Leader perlu semak semula teknik, timing, dan follow up.

Coaching yang betul boleh ubah staf biasa jadi luar biasa. Tapi ia perlukan disiplin dan skil.