Bagaimana SOP Boleh Kurangkan Ketegangan Dalam Organisasi
Ramai founder tak sedar, salah satu punca utama konflik, salah faham, dan tekanan dalam team datang daripada ketiadaan SOP yang jelas. Jadi bagaimana SOP boleh kurangkan ketegangan dalam organisasi?
Dalam artikel ini, saya kupas bagaimana SOP yang betul boleh bantu stabilkan emosi team, elak drama pejabat, dan jaga kelancaran kerja walaupun syarikat masih kecil.
1. SOP Kurangkan Salah Faham & Andaian
Tanpa SOP, staf terpaksa bergantung pada andaian. Contohnya, siapa patut reply email client? Bila laporan kena hantar? Bila SOP tiada, semua orang main agak-agak akhirnya jadi punca ketegangan.
Bagaimana SOP boleh kurangkan ketegangan dalam organisasi? Dengan dokumentasi yang jelas, semua orang tahu apa peranan dan siapa buat apa. Itu automatik kurangkan tekanan harian.
2. SOP Lindungi Founder & Staf Dari Tuduhan Tak Adil
SOP juga jadi ‘bukti’ bila berlaku salah faham. Bila ada isu, kita boleh rujuk balik dokumen dan tengok sama ada prosedur diikut atau tidak. Ini lindungi founder dari tuduhan berat sebelah, dan staf pun rasa lebih dilayan dengan adil.
Bagaimana SOP boleh kurangkan ketegangan dalam organisasi kalau team rasa ada keadilan dan tidak main hentam?