Ramai bos fikir staf kekal sebab gaji. Tapi hakikatnya, orang stay sebab rasa dihargai dan nampak hala tuju. Budaya kerja sihat bukan datang daripada mural cantik atau aktiviti makan-makan tapi daripada nilai yang diterjemah dalam keputusan harian dan sikap pemimpin.
Budaya kerja terbentuk daripada cara bos berfikir dan bertindak setiap hari. Kalau bos cepat marah tapi lambat menghargai, staf akan belajar jadi takut. Tapi kalau bos tegas dan adil, staf belajar jadi bertanggungjawab. Dari sini, staf mula rasa selamat untuk bekerja dengan jujur dan bersemangat.
Tiga asas penting untuk bina budaya kerja sihat:
1.Kejelasan
Semua orang faham matlamat dan peranan mereka. Tiada kekeliruan.
2.Konsistensi
Nilai organisasi diterjemah dalam tindakan, bukan sekadar kata-kata atau poster di dinding.
3.Keterbukaan.
Staf berani bersuara, memberi cadangan, dan lapor masalah tanpa takut dihukum.
Apabila nilai dan tindakan pemimpin seiring, kepercayaan akan tumbuh. Staf yang percaya dengan kepimpinan akan rasa selamat untuk berkembang, dan bila mereka berkembang, mereka jarang mencari tempat lain sebab tahu masa depan mereka dihargai di situ.
Budaya kerja sihat tidak dibina dengan ucapan atau aktiviti motivasi semata-mata. Ia dibina melalui tindakan yang diulang secara konsisten setiap hari. Bila bos kekal dengan nilai yang betul, staf akan kekal dengan kesetiaan mereka.

