Staf hebat bukan yang hanya tahu ikut arahan, tapi yang tahu ke mana nak tuju. Ramai bos suka staf yang “boleh buat sendiri.” Tapi ironinya, ramai staf rajin tetap tak ke mana sebab tak tahu ke mana nak pergi. Bezanya mudah arahan dan arah tak sama. Arahan ialah suruh buat. Arah ialah tunjuk kenapa dan ke mana.

Dalam organisasi yang berkembang, staf hebat tak perlukan arahan setiap masa, tapi mereka perlukan arah yang jelas. Tanpa arah, walaupun staf nampak sibuk, hasil sebenar tetap kabur. Inilah perbezaan besar antara organisasi yang sekadar “bergerak” dengan organisasi yang benar-benar “maju.”

Dalam banyak syarikat kecil (SME), founder sering jadi pusat keputusan. Setiap kali ada tugasan, staf akan tunggu bos bagi arahan  “nak buat macam mana?”, “nak hantar bila?”, “guna format apa?”. Walaupun nampak kecil, budaya ni sebenarnya perlahan-lahan melemahkan semangat berdikari staf.

Sebab tu bila organisasi nak berkembang, gaya kepimpinan berasaskan arahan tak boleh dikekalkan. Ia perlu diganti dengan gaya kepimpinan berasaskan arah iaitu memberi hala tuju, makna, dan sebab di sebalik setiap tindakan.

Bezanya antara Arahan dan Arah

  • Arahan: Fokus pada tindakan (“buat sekarang”, “hantar segera”).

  • Arah: Fokus pada tujuan (“buat sebab client perlukan data ni untuk buat keputusan”).

Contohnya:

  • Arahan: “Buat report ni cepat.”

  • Arah: “Report ni penting sebab client nak guna untuk pembentangan minggu depan. Kalau siap awal, kita boleh semak dan elak kesilapan.”

Apabila staf faham konteks dan sebab sesuatu kerja dilakukan, mereka akan rasa lebih bertanggungjawab. Mereka tak lagi bekerja kerana “disuruh”, tetapi kerana tahu kenapa kerja tu penting. Inilah yang membezakan staf biasa dengan staf hebat.

Cara beri arah dengan betul:

1.Terangkan impak setiap kerja.

Biar staf nampak kaitan antara tugas & hasil.

2.Libatkan staf dalam matlamat.

Bila mereka rasa sebahagian daripada tujuan, komitmen meningkat.

3.Pantau hasil, bukan gaya kerja. Founder beri ruang cara, tapi tegas pada sasaran.

Arahan buat staf bergerak. Arah buat staf berkembang.
Pemimpin hebat bukan yang banyak suruh, tapi yang pandai tunjuk makna di sebalik kerja.