Dalam budaya moden, ramai pemimpin lupa bahawa staf perlukan teguran, bukan sekadar pujian. Takut staf kecil hati, takut dikata toksik akhirnya organisasi jadi lembik. Pujian penting, tapi teguran yang membina jauh lebih berharga untuk bantu staf berkembang.
Teguran bukan serangan ia cermin untuk perbaiki diri. Bila staf dibiarkan tanpa teguran, mereka fikir semua okey walaupun prestasi menurun. Sebab itu staf perlukan teguran yang jelas, bukan hanya motivasi kosong.
Founder kena belajar menegur dengan objektif, bukan emosi.
Formula mudah:
1.Timing.
Jangan tegur masa emosi tinggi.
2.Nada.
Guna bahasa fakta, bukan perasaan.
3.Tujuan.
Tegur untuk bantu, bukan menjatuhkan.
Contoh:
❌ “Kau lembab sangat.”
✅ “Kalau tugasan ni siap dua hari lebih cepat, kita boleh close client minggu ni.”
Teguran jelas buat staf nampak hala tuju, bukan rasa diserang.Organisasi tak tumbuh dengan pujian semata.
Staf perlukan teguran untuk terus maju. Pemimpin sebenar berani menegur sebab dia nak orangnya berjaya bukan sekadar disukai.

