Dalam banyak SME, semua orang rajin tapi peliknya, hasil tetap perlahan.
Bila tengok semula, rupanya semua sibuk dengan kerja kecil.
Ada yang isi borang, semak laporan, dan follow up dokumen.
Semua kerja “nampak sibuk”, tapi tiada siapa fokus kepada hasil sebenar.
Inilah tanda produktiviti staf dalam organisasi masih belum seimbang.

Masalah ini biasanya bermula bila HR tidak membezakan antara kerja rutin dan kerja impak.
Kerja rutin penting, namun, kalau semua orang buat benda yang sama setiap hari, bisnes akan jadi berat tapi tak laju.

Sebagai contoh, staf yang sepatutnya fikir strategi akhirnya habiskan masa jadi “admin sepenuh masa”.
Akhirnya, tiada siapa fokus pada kerja sebenar yang beri hasil besar kepada syarikat.

Punca utama produktiviti staf rendah:

1.Tiada sistem automasi HR.

2.Tiada KPI berasaskan hasil sebenar.

3.Semua tugasan masih dilakukan secara manual.

Oleh itu, solusi paling mudah tetapi penting ialah automasi kerja rutin.
Gunakan sistem HR untuk urus cuti, gaji, laporan, dan dokumen secara automatik.
Bila semua proses ni berjalan sendiri, staf boleh fokus kepada aktiviti yang beri impak sebenar seperti cari klien, tambah jualan, dan tingkatkan prestasi.

HR bukan dicipta untuk tambah kerja, tapi untuk kurangkan beban kerja tak produktif.
Apabila sistem HR berfungsi dengan betul, organisasi akan jadi lebih ringan, lebih fokus, dan bergerak pantas ke hadapan.

Sibuk tak bermaksud produktif.
Bila semua staf sibuk tapi hasil tak naik, itu tanda produktiviti staf rendah dan HR perlu betulkan fokus organisasi.