Ramai founder SME rasa HR untuk bisnes kecil tak penting “Aku baru ada 6 orang staff, buat apa nak HR?” Tapi bila team makin membesar, baru nampak semua benda jadi kelam-kabut kerja bertindih, staf tarik muka, slip gaji salah, dan semua keputusan kecil pun kena tunggu bos. Sebenarnya, HR bukan tentang saiz syarikat. HR ialah sistem supaya bisnes tak runtuh bila mula berkembang.

3 Asas HR Untuk Bisnes Kecil

Bila founder mula bina HR dari awal, tiga benda penting akan stabil:

1.Arah & tanggungjawab jelas.
Semua orang tahu siapa buat apa. Tak ada lagi kerja bertindih atau tugasan kabur.

2.Disiplin kerja terbentuk.
Bila ada sistem cuti, kehadiran, dan KPI kerja tak lagi bergantung pada mood atau siapa yang nampak sibuk.

3.Budaya accountability.
Semua orang tahu cara mereka diukur berdasarkan prestasi, bukan persepsi.

Jangan tunggu sampai ada 10 orang baru nak mula HR. Bila sistem dibina dari awal, staf faham hala tuju dan founder boleh fokus pada pertumbuhan, bukan padam api setiap minggu.
HR bukan beban. Ia pelindung pertumbuhan bisnes kecil yang nak jadi besar.