Ramai founder rasa kalau leads dah banyak, sales team mesti perform. Tapi bila tengok result, closing tetap rendah, semangat pun jatuh. Ramai salahkan kualiti leads, padahal punca sebenar bukan pada leads  tapi pada coaching sales team itu sendiri.

Jualan bukan sekadar beri skrip dan target. Ia tentang melatih minda dan ritma jualan. Bila founder atau sales manager gagal buat coaching berterusan, sales team hilang arah. Mereka tahu apa nak jual, tapi tak tahu cara urus momentum.

Leads banyak tapi tak ditutup bukan tanda tak pandai jual itu tanda tiada coaching loop.
Tanpa sesi coaching, sales rep tak belajar daripada setiap “call gagal” atau “prospek senyap”.
Mereka ulang cara lama, buat kesilapan sama, dan akhirnya hilang keyakinan.

Sebab tu setiap sales team perlu sistem Recruit, Train & Monitor (R.T.M):

  • Recruit orang yang betul, bukan sekadar pandai bercakap.

  • Train mereka dengan kes sebenar, bukan teori.

  • Monitor setiap minggu supaya ada ruang untuk improve.

Jualan bukan tentang banyak leads tapi sejauh mana sales team mampu adapt bila leads tak convert.
Bila coaching lemah, seribu leads pun tak guna. Tapi bila coaching kuat, sepuluh leads pun boleh jadi hasil.