Kalau HR cuma buat payroll dan cuti, itu bukan HR sebenar itu akaun tambahan. HR sepatutnya jadi sistem pembangunan manusia, bukan sekadar kiraan gaji. Bila HR terlalu fokus pada kerja rutin, organisasi berhenti berkembang.
Masalah ni biasa dalam SME. HR dilihat hanya sebagai fungsi sokongan, bukan strategi. Hasilnya semua orang dapat gaji tepat waktu, tapi budaya kerja makin lemah.
HR yang betul mesti buat tiga perkara:
1.Pantau prestasi.
HR perlu tahu siapa perform dan siapa perlukan bimbingan.
2.Bina budaya.
HR kena bantu founder bentuk cara kerja dan nilai syarikat.
3.Sokong pertumbuhan.
HR bantu kenal pasti keperluan latihan dan struktur.
Kalau semua tu tak berlaku, HR cuma jadi ‘kerani moden’. Founder akan terus ulang masalah sama: staf tak perform, turnover tinggi, dan tak ada pelan jangka panjang.
Solusinya mudah jadikan HR sebagai strategic partner. Libatkan HR dalam keputusan besar, bukan hanya bila nak kira gaji. Bila HR diberi peranan sebenar, bisnes mula berkembang.
Payroll cuma sebahagian kecil dari HR. Yang lebih penting ialah bagaimana HR bantu bina manusia dalam organisasi.
Kalau HR tak ubah apa-apa, bisnes akan kekal di tempat yang sama.

