Rajin bukan bermaksud efektif. Ramai staf nampak sibuk, tapi hasil kerja tetap sama. Bila disemak, rupa-rupanya company tak ada SOP. Semua kerja ikut pengalaman, bukan sistem.
SOP bukan sekadar dokumen ia asas organisasi. Bila SOP tak wujud, kejayaan bergantung kepada individu, bukan sistem. Staf A rajin, kerja jalan. Staf B cuti, semua tergendala. Founder pula ulang benda sama hari-hari sebab tak ada template tetap.
Tanpa SOP, tiga masalah utama berlaku:
1.Consistency hilang.
Tak ada standard cara buat kerja.
2.Masalah knowledge transfer.
Bila orang keluar, ilmu ikut keluar.
3.Masa banyak terbazir.
Staf ulang cari maklumat yang sepatutnya dah automatik.
Solusinya: mula tulis SOP untuk proses utama onboarding, payroll, dan client handling. Tak perlu sempurna, cukup jelas dan boleh diulang. Bila semua orang ikut satu flow, kerja jadi cepat dan senang disemak.
SOP bukan hal remeh. Ia simbol keseriusan kita sebagai founder nak bina organisasi sebenar.
Bila semua sibuk tapi hasil tak bertambah, itu tanda SOP belum hidup.

