Ini antara situasi paling menyakitkan untuk founder jumpa staf hebat, kerja mantap, tapi tiga bulan kemudian staf hebat keluar awal. Dari luar nampak semuanya okay, tapi realitinya mereka tak lari sebab gaji. Mereka lari sebab tak nampak masa depan dalam organisasi.
1.Tiada sambutan dan struktur awal.
90 hari pertama adalah tempoh paling kritikal. Kalau onboarding kita longgar, staf bagus akan cepat rasa “tempat ni tak serius”. Mereka dah biasa dengan organisasi tersusun bila nampak kita cincai, mereka terus pasang niat keluar.
2.Komunikasi tak membina kepercayaan.
Staf bagus nak tahu ke mana syarikat nak pergi. Tapi kalau semua keputusan kabur, mereka hilang semangat sebab tak nampak arah.
3.KPI tak realistik.
Ada founder terlalu teruja letak target tinggi untuk “uji kemampuan”. Tapi kalau tak disertai sistem sokongan, staf hebat pun boleh burnout.
Solusi: Jadikan 90 hari pertama sebagai fasa kepercayaan bukan tekanan. Mulakan dengan perbualan, bukan arahan. Bina onboarding plan, ada review mingguan, dan beri ruang untuk mereka adaptasi.
Staf bagus tak cari tempat sempurna, mereka cari tempat yang berkembang.
Bila staf hebat keluar, jangan marah mereka semak dulu sistem kita. Kadang mereka tak tinggalkan syarikat, mereka tinggalkan kekeliruan.

