Ramai founder pening kepala bila staf baru masuk dengan semangat tinggi, tapi lepas 6 bulan terus keluar. Bila perkara ini kerap berlaku, inilah punca staff tukar kerja yang ramai tak perasan. Masalah ini bukan sekadar soal gaji kecil, tapi lebih kepada pengalaman kerja harian yang staf alami. Kalau dibiarkan, syarikat akan asyik ulang proses ambil dan latih staf baru — tenaga dan kos habis, tapi bisnes tak sempat stabil.
1. Onboarding Lemah Antara Punca Staff Tukar Kerja Awal
Dari hari pertama, staf tak jelas hala tuju syarikat, budaya kerja, dan expectation. Bila onboarding longgar, mereka rasa hilang arah sejak mula. Lama-kelamaan, semangat mereka pudar dan mula cari tempat lain yang lebih teratur.
2. Tiada Career Path Jelas
Bila staf tak nampak masa depan atau peluang naik pangkat, mereka cepat cari tempat lain yang tawarkan prospek lebih cerah. Ini juga salah satu punca staff tukar kerja yang ramai founder terlepas pandang.
3. Budaya Kerja Toksik
Suasana kerja penuh gosip, politik pejabat, atau bos yang panas baran buat staf cepat hilang motivasi. Walaupun gaji tinggi, suasana toksik tetap buat mereka tak tahan lama.
4. Leadership Lemah
Bila bos micromanage, tak konsisten, atau gagal beri feedback membina, staf akan rasa bos tak mampu bimbing mereka. Akhirnya, mereka hilang kepercayaan dan mula cari peluang baru.
5. Tiada Penghargaan
Usaha keras staf diabaikan, tiada penghargaan atau pengiktirafan. Lama-lama mereka rasa tak dihargai, dan inilah antara punca staff tukar kerja yang paling mudah berlaku tanpa disedari.
Retention staf bermula dari hari pertama. Kalau onboarding mantap, budaya positif, dan hala tuju jelas, staf akan kekal lama. Founder jangan sekadar salahkan staf, tapi semak balik apa yang syarikat tawarkan.
Ingat, punca staff tukar kerja bukan semata-mata sebab duit tapi sebab pengalaman kerja yang mereka rasa setiap hari.