“Staf tak boleh ditegur adalah petanda awal masalah besar dalam organisasi. Bila ditegur, mereka cepat sentap. Sekali ditegur terus tarik muka, lagi ditegur terus merajuk. Kalau leader biarkan, sikap ini akan jadi barah yang merebak ke seluruh team.”
Kalau leader biar, staf jenis ini akan jadi barah dalam organisasi. Masalah kecil boleh merebak jadi budaya toksik.
1.Ego terlalu tinggi
Mereka rasa diri sentiasa betul. Ini buat mereka susah terima nasihat.
2.Kurang pengalaman
Staf yang datang dari syarikat tanpa budaya feedback akan terkejut bila mula ditegur.
3.Leader biar lama
Bila perangai ini tidak ditegur awal, staf jadi lebih berani tunjukkan sikap negatif.
4.Team lain ikut
Sikap ini mudah berjangkit. Lama-lama jadi budaya malas ditegur.
5.Risiko silent resign
Staf yang tak boleh ditegur biasanya mula hilang minat dan akhirnya tarik diri perlahan-lahan.
Staf tak boleh ditegur bukan sekadar masalah emosi, tapi tanda awal budaya syarikat sedang rosak.
Jangan tunggu lama. Didik staf terima teguran sejak awal supaya budaya buruk tak sempat merebak.