Masalah staf salahkan orang lain dalam kerja harian boleh buat suasana tempat kerja jadi tegang. Bila kesilapan berlaku, mereka lebih suka menuding jari daripada mencari jalan penyelesaian. Lama-kelamaan, budaya ini melemahkan semangat pasukan.

1.Tak ambil ownership

Staf suka lepas tangan bila ada masalah. Hasilnya, masalah sama berulang tanpa ada solusi sebenar.

2.Kurang self-awareness 

Mereka tak nampak kelemahan sendiri. Coaching boleh bantu staf lebih jujur menilai diri.

3.Budaya toksik

Bila semua sibuk cari siapa salah, kerja jadi tertangguh. Team hilang kepercayaan antara satu sama lain.

4.Leader longgar

Bila leader biar budaya ini, staf makin berani salahkan orang lain. Leader mesti tegas hentikan awal.

5.Tiada review sistematik

Tanpa post mortem, semua sibuk cari salah. Review patut fokus pada solusi, bukan menuding jari.

Budaya salahkan orang lain nampak kecil, tapi kesannya besar. Syarikat hanya boleh grow bila staf berani ambil ownership.

Founder kena bina budaya accountability sebelum habit buruk ini jadi normal.