Pernah tak anda tengok staf yang nampak sibuk setiap hari tangan penuh kerja, muka stress, selalu stay back tapi bila check result, output tetap sama atau makin turun?
Inilah perangkap yang ramai founder tak sedar. Sibuk bukan bermaksud produktif. Bila staf terlalu sibuk tapi hasil tak naik, itu tanda ada masalah besar dalam cara kerja, sistem, atau kepimpinan.

1. Buat Kerja Banyak, Bukan Kerja Penting

Ramai staf terperangkap dengan tugasan kecil: update dokumen, urus WhatsApp group, attend meeting yang tak perlu. Akhirnya masa habis untuk benda remeh, bukan kerja yang gerakkan syarikat.

Solusi: Bezakan antara busy work dengan impact work. Setiap staf kena jelas 3–5 keutamaan mingguan yang betul-betul bawa hasil.

2. Tiada KPI Jelas Untuk Ukur

Kalau KPI tak jelas, staf rasa semua kerja penting. Mereka sibuk ikut flow sendiri tanpa arah. Akhirnya mereka letih tapi founder tak nampak hasil.

Solusi: Tetapkan KPI spesifik untuk setiap role. Contoh: staf marketing bukan sekadar “buat posting”, tapi target “10 leads qualified setiap minggu”.

3. Overlap & Tak Ada Standard Process

Bila tak ada sistem jelas, staf buat kerja ikut cara sendiri. Ada yang buat kerja orang lain, ada yang ulang benda sama dua kali. Ini buat mereka sibuk tapi result stuck.

Solusi: Standardize proses. Gunakan SOP, checklist, dan tool digital. Bila flow kerja jelas, tak ada masa terbuang untuk benda berulang.

4. Culture ‘Asal Buat Nampak Sibuk’

Ada staf yang kerja kuat hanya depan bos. Mereka jaga imej sibuk tapi sebenarnya kerja tak ada impak. Ini wujud bila budaya accountability lemah.

Solusi: Tukar budaya daripada “sibuk” kepada “result”. Reward staf yang capai outcome, bukan yang nampak sibuk.

Sibuk tak sama dengan produktif. Kalau staf nampak sibuk tapi result tak berubah, founder kena audit semula KPI, proses kerja, dan budaya organisasi. Produktiviti hanya datang bila kerja harian align dengan matlamat syarikat.

Jangan biar staf hanyut dalam kerja sia-sia. Ubah cara kerja mereka jadi lebih fokus & hasilkan output yang nyata.