Pernah tak anda rasa pelik staf paling hebat, paling rajin, paling boleh harap tiba-tiba hantar surat resign? Padahal dia ada potensi besar, klien pun suka, dan team lain respect. Founder pun jadi hairan: “Apa silap aku sampai dia keluar?”

Hakikatnya, staf hebat jarang resign sebab gaji semata-mata. Selalunya ada faktor lain yang leader terlepas pandang. Bila founder tak sempat kesan signal awal, mereka hilang bakat terbaik dalam organisasi.

1. Tak Dihargai, Hanya Dibebankan

Staf hebat selalu jadi tempat bergantung. Semua kerja penting dilempar pada dia. Lama-lama dia rasa terbeban, tapi tiada penghargaan setimpal.Akhirnya staf rasa “company guna aku, bukan hargai aku”. Itu punca dia mula cari peluang luar.

Solusi: Seimbangkan beban kerja dengan penghargaan sama ada melalui ganjaran, pengiktirafan terbuka, atau peluang naik pangkat.

2. Kurang Ruang Untuk Berkembang

Orang hebat tak suka statik. Bila role dia tak berkembang, bila tak ada skill baru yang dipelajari, semangat kerja perlahan-lahan pudar.Kalau company tak tunjuk hala tuju kerjaya, staf akan cari sendiri jalan keluar.

Solusi: Wujudkan career path jelas. Tunjuk apa milestone dia boleh capai dalam 6 bulan, setahun, 3 tahun. Bila staf nampak future, dia lebih komited.

3. Kepimpinan Yang Lemah

Staf hebat tak lari dari kerja susah, tapi mereka cepat kecewa bila leader tak tegas, tak ada arah, atau bias dalam keputusan. Kepimpinan lemah boleh bunuh motivasi orang paling kuat sekalipun.

Solusi: Founder kena bina leadership yang jelas buat keputusan konsisten, communicate arah syarikat, dan jadi role model.

4. Budaya Kerja Tidak Sihat

Kalau budaya organisasi penuh politik, gosip, atau “asal siap”, staf hebat tak akan tahan lama. Mereka nak suasana kerja yang positif dan progresif. Bila budaya negatif dibiarkan, mereka cabut dulu sebelum reputasi mereka terjejas.

Solusi: Audit budaya kerja. Ambil tindakan pada staf toksik, dan wujudkan sistem kerja berstandard.

Staf hebat adalah aset paling berharga. Bila mereka keluar, kos sebenar bukan sekadar cari pengganti tapi kehilangan ilmu, network, dan momentum.Kalau founder serius nak retain orang terbaik, jangan tunggu mereka resign baru nak menyesal. Tengok semula cara anda hargai, latih, dan pimpin staf hebat dalam organisasi.

Jangan biar staf hebat lari ke pesaing. Mulakan langkah retain mereka hari ini.