“Eh, kenapa dia gaji lagi tinggi dari aku?”

Kalau ayat ni dah mula berlegar dalam team anda, itu petanda ada sesuatu yang tak kena dengan budaya kerja dalam syarikat. Memang normal kalau staff nak tahu siapa dapat apa tapi kalau ia jadi topik utama setiap hari, sampai ganggu kerja dan moral, itu red flag.

1. Punca Sebenar Kenapa Staff Compare Gaji

Sebenarnya, bukan pasal duit semata-mata. Tapi:

  • Mereka rasa kurang dihargai

  • Tiada transparensi dalam cara kenaikan gaji

  • Tak tahu kriteria jelas macam mana gaji ditentukan

  • Terlalu banyak andaian dari cerita mulut ke mulut

Bila semua benda ni tak jelas, mereka mula buat perbandingan sendiri walaupun tak tepat.

2. Betulkan Dari Root: Sistem & Komunikasi

Kalau anda betul-betul nak hentikan budaya ‘compare gaji’, anda tak boleh selesaikan dengan suruh mereka diam saja. Anda perlu:

  • Ada struktur gaji & kenaikan yang jelas dan boleh dijelaskan

  • Bina sistem performance review yang adil dan konsisten

  • Buat 1-on-1 feedback session supaya staff rasa didengari

  • Didik team tentang value setiap peranan bukan semua staff dinilai cara sama

3. Bina Culture yang Fokus Pada Prestasi, Bukan Perbandingan

Bantu team faham: kita bukan bersaing sesama sendiri tapi sama-sama nak menang. Bila fokus balik kepada misi team dan peranan masing-masing, rasa ‘iri hati’ dan perbandingan tu akan perlahan-lahan hilang.

Apa yang anda tolerate, itu yang akan jadi budaya. Kalau anda tak betulkan sekarang, rasa tak puas hati akan berakar dan akhirnya, orang baik pun akan mula keluar dari syarikat.

Kalau hari-hari staff compare gaji, jangan biar benda ni berlalu begitu saja. Sebagai founder, anda bentuk culture kerja dalam team. Bukan staff.

Mulakan dengan sistem yang jelas, komunikasi yang telus, dan leadership yang tegas tapi adil. Dari situ, budaya yang lebih sihat akan mula terbina.