
Dalam banyak situasi, bila team tak capai sasaran atau cepat give up, ramai leader terus salahkan target. Tapi realitinya, masalah sebenar bukan pada target tapi pada apa yang berlaku sebelum dan semasa perjalanan ke arah target itu.
Ramai tak sedar bahawa punca team cepat give up bukan semata-mata sebab angka yang terlalu tinggi, tapi struktur, budaya dan bimbingan yang lemah. Dalam artikel ini, kita akan bongkar sebab sebenar dan cara atasinya.
1. Tiada Struktur atau Roadmap Jelas Menuju Target
Kalau team hanya tahu angka akhir, tapi tak tahu step by step nak sampai ke sana mereka akan mudah hilang arah dan motivasi. Target tanpa roadmap ibarat suruh orang panjat gunung, tapi tak bagi peta.
✔ Apa patut buat:
Pecahkan target besar kepada milestone mingguan atau harian. Tunjuk “win kecil” untuk boost momentum.
2. Budaya “Kerja Sorang-Sorang” Buat Team Cepat Letih
Bila staf rasa mereka seorang diri hadapi cabaran, mereka cepat letih dan akhirnya give up. Team yang tidak rasa disokong akan lebih mudah menyerah bukan sebab target salah, tapi sebab mereka rasa “sendirian”.
✔ Apa patut buat:
Wujudkan culture saling sokong. Jangan biar satu orang tanggung semua beban. Galakkan kolaborasi, bukan saingan dalam team.
3. Leader Fokus Hasil, Tapi Tak Tunjuk Jalan
Banyak kali kita tekan “kena capai KPI!”, “kena close sale!”, “kena siap minggu ni!” tapi lupa bimbing cara nak capai benda tu. Bila team gagal dan kena marah, mereka akan rasa “aku tak cukup bagus” dan mula give up.
✔ Apa patut buat:
Ganti soalan “kenapa tak capai?” dengan “apa yang halang kau capai?” barulah team rasa mereka dibimbing, bukan dihukum.
Bukan Salah Target, Tapi Salah Sistem & Cara Sokongan
Team anda bukan malas. Mereka tak lemah. Tapi bila sistem sokongan tak kuat, budaya tak sihat, dan roadmap tak jelas siapa pun akan cepat give up. Kalau anda nak ubah result, ubah cara anda support team.