5 Soalan Interview Calon Bermasalah Yang Ramai Founder Terlepas Pandang

Ramai founder tersilap ambil staf kerana tak tahu soalan interview calon bermasalah yang perlu ditanya awal-awal. Nampak mesra dan yakin masa interview tapi masuk kerja, mula buat hal. Kalau anda selalu hadap isu macam ni, mungkin sebab soalan anda terlalu ‘surface’.
Dalam artikel ni, saya kongsikan 5 soalan interview calon bermasalah yang boleh bantu anda tapis awal-awal, sebelum terambil staf yang salah.
1. “Ceritakan pengalaman kerja yang paling stres sebelum ni.”
Soalan ni penting untuk ukur tahap emosi dan cara calon tangani tekanan. Kalau mereka salahkan orang atau lari dari tanggungjawab, itu red flag.
2. “Apa pendapat anda tentang bekas majikan?”
Jawapan mereka akan tunjuk sama ada mereka hormat authority, atau jenis suka mengata. Calon yang matang akan cakap dengan profesional bukan mengadu atau mengumpat.
3. “Pernah tak anda tak puas hati dengan kerja yang diberi?”
Soalan ni uji sikap dan kematangan. Kita nak cari orang yang boleh beri feedback dengan cara berhemah, bukan jenis pendam atau meletup tiba-tiba.
4. “Kalau ada konflik dengan rakan sekerja, apa yang anda buat?”
Calon bermasalah biasanya akan mengelak, membalas balik atau salahkan orang. Kita nak tahu sama ada mereka boleh selesaikan isu dengan matang dan terbuka.
5. “Kenapa anda berhenti kerja sebelum ni?”
Jawapan ni akan ‘bocorkan’ banyak petunjuk. Tengok sama ada alasan mereka logik dan boleh diterima. Kalau alasan mereka sentiasa ‘bos problem’, ‘team tak ok’, itu juga tanda bahaya.
Bila kita tahu soalan interview calon bermasalah, kita boleh tapis awal. Bukan saja jimat masa dan tenaga, tapi juga elak kos ‘silent damage’ dalam team bila tersilap ambil orang.
Nak lagi sistematik? Guna skrip & template interview daripada tim betterHR kami bantu anda tapis, rekrut & jaga team dari awal.