Keselamatan dan kesihatan pekerja adalah satu aspek penting dalam pengurusan perniagaan, terutamanya bagi pemilik perniagaan SME. Keberkesanan dan kelestarian perniagaan bergantung kepada keadaan kesihatan pekerja. Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan membincangkan tindakan segera yang boleh diambil oleh pemilik perniagaan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
Peralatan keselamatan seperti helmet, kasut keselamatan, alat pemadam api, dan pakaian keselamatan adalah penting untuk melindungi pekerja dari risiko cedera. Oleh itu, pemilik perniagaan perlu memastikan bahawa peralatan keselamatan ini disediakan dengan mencukupi dan dalam keadaan baik.
Seterusnya memberikan latihan keselamatan dan kesihatan adalah penting bagi pekerja untuk memahami risiko yang mereka hadapi dan bagaimana untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku. Pemilik perniagaan perlu memberikan latihan berkala untuk memastikan pekerja sentiasa up-to-date dengan prosedur keselamatan yang terkini.
Tindakan segera perlu dilakukan jika kecederaan atau penyakit berlaku di tempat kerja. Hal ini kerana pekerja perlu mendapat rawatan perubatan dengan segera, dan laporan kejadian tersebut perlu disusun dengan teliti. Ini dapat membantu dalam mengurangkan keparahan kecederaan dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.
Prosedur keselamatan dan kesihatan yang jelas adalah asas kepada keselamatan di tempat kerja. Pemilik perniagaan perlu memastikan bahawa prosedur-prosedur ini terdokumentasi dan dipatuhi oleh semua pekerja. Di samping itu melaksanakan prosedur pengendalian bahan berbahaya, prosedur pencegahan kebakaran, dan prosedur pertolongan cemas
Pekerja perlu merasa selesa untuk melaporkan sebarang isu keselamatan atau risiko yang mereka perhatikan. Oleh itu, pemilik perniagaan perlu memastikan bahawa terdapat saluran komunikasi yang terbuka dan pekerja diberi galakan untuk melaporkan sebarang perkara yang boleh mengancam keselamatan mereka.
Tindakan segera bagi keselamatan dan kesihatan pekerja adalah penting dalam menjaga kesejahteraan pekerja dan menjurus kepada keberjayaan perniagaan. Di RedRadar International, kami dapat membantu memberikan pertolongan kepada bisnes anda menangani perkara- perkara seperti ini. Jika anda berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila layari www.redradarinternational.com atau hubungi kami di wa.link/betterhr .