Ramai founder kecewa bila staf tak gerak seiring arah syarikat tapi sebenarnya tanda staf anda tak faham visi founder tu dah lama muncul, cuma anda tak perasan. Bila visi tak jelas atau tak sampai ke team, ia akan jejaskan tindakan harian mereka.
Dalam artikel ini, kita bincang tanda staf anda tak faham visi founder dan apa yang anda boleh buat untuk betulkan sebelum terlambat.
1. Buat Kerja Tapi Tak Tahu Arah
Kalau anda tanya staf, “Apa matlamat besar syarikat kita tahun ni?” dan mereka blur atau jawab benda berbeza itu petanda besar. Mereka mungkin rajin, tapi tak selari dengan visi anda. Mereka hanya ikut rutin, bukan bergerak dengan strategi.
2. Fokus Pada Output, Bukan Impak
Staf yang tak faham visi founder akan kejar siap kerja bukan kejar kesan. Mereka tak faham kenapa kerja tu penting, dan tak nampak kaitan antara usaha mereka dan impak kepada syarikat. Ini menyebabkan kerja banyak tapi hasil tak berbaloi.
3. Susah Nak Buat Keputusan Tanpa Arahan
Kalau staf anda sering tunggu arahan atau takut buat keputusan sendiri mereka mungkin tak jelas dengan hala tuju syarikat. Bila mereka faham visi founder, mereka akan lebih yakin bertindak kerana tahu apa yang penting dan apa yang tak.
4. Tak Tahu Kenapa Syarikat Buat Sesuatu
Setiap kali anda buat perubahan ada staf yang persoal atau komplen. “Kenapa tukar sistem?”, “Kenapa ubah cara kerja?” Semua ini datang dari kurang kefahaman. Bila staf tak tahu big picture, mereka akan rasa perubahan tu menyusahkan, bukan menyumbang.
5. Tak Rasa Mereka Ada Peranan Penting
Tanda paling ketara staf tak faham visi founder mereka rasa kerja mereka kecil. Bila seseorang tahu dia sebahagian dari misi besar, dia akan rasa ownership. Tapi bila visi tak sampai, mereka rasa macam ‘pekerja biasa’ yang datang kerja, balik, repeat.
Tanda staf anda tak faham visi founder bukan bermakna mereka lemah mungkin anda belum cukup communicate dengan jelas, konsisten dan bermakna. Jadikan visi syarikat sebagai bahan ulang sebut, bukan bahan dekorasi di dinding pejabat.
Kalau anda nak bantu staf lebih jelas, gunakan pendekatan coaching, townhall dan visualisasi hala tuju. Atau dapatkan bimbingan dari tim betterHR untuk bina sistem yang selari dengan visi anda.